Iklan

[VIDEO] Kes dana RM1juta, Syed Saddiq diperintah bela diri

Jeremy SengSumardi Susilo2 years ago28th Oct 2022Video
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas empat pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq, yang juga presiden Muda.

Pada 27 September lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan, dalam perbicaraan yang bermula 21 Jun. – 28 Oktober, 2022.

Iklan
Iklan