Iklan

[VIDEO] LRT terkandas, Prasana masih cari punca

Fikri GhazaliNabihah Hamid2 years ago9th Nov 2022Video
Iklan

PUNCA sebenar gangguan operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya masih belum diketahui, kata Prasarana.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata selepas jurutera syarikat terbabit tidak dapat mengenalpasti isu sebenar.

Pihaknya memaklumkan, pihaknya kini menunggu ketibaan pasukan pengeluar peralatan asal (OEM) sistem rel, iaitu Kumpulan Thales bagi membantu menyelesaikan situasi itu.

Hari ini ribuan penumpang terkandas sejak pagi ekoran penutupan mengejut operasi 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya meliputi Petaling Jaya hingga ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan