Iklan

[VIDEO] Shahidan buka jalan untuk PAS kuasai Perlis

Iklan

BEKAS menteri besar Perlis Shahidan Kassim bersedia membuka jalan untuk PAS mentadbir negeri itu apabila PN menang pilihan raya umum 19 November.

Penyandang kerusi Arau itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau tiada masalah untuk tujuan itu memandangkan PAS adalah parti berteraskan Melayu dan Islam.

“Tidak ada masalah (PAS mentadbir Perlis), PAS pun Bumiputera Islam,” kata Shahidan yang kini giat mempromosi perpaduan ummah, slogan penyatuan parti Islam itu dengan Bersatu dan Umno.

Shahidan menjadi calon PN di Parlimen Arau beberapa hari selepas Umno menggugurkannya daripada bertanding di kerusi yang diwakilinya sejak empat penggal bermula 1986.

Keputusannya itu menyebabkan beliau dipecat dari parti.– 10 November, 2022.

Iklan
Iklan