Iklan

[VIDEO] Walau kalah sebab PN, Dr M akan terus berjuang

Nabihah HamidHasmizar Hassan2 years ago2nd Dec 2022Video
Iklan

PERJUANGAN Pejuang untuk membela dan memartabatkan masyarakat Melayu akan diteruskan walaupun parti itu tewas dalam pilihan raya umum ke-15 baru-baru ini, kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri yang mengetuai gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang tidak berdaftar itu berkata anggota mereka mahu terus memperjuangkan orang Melayu kerana merasakan objektif mereka adalah murni.

“Kami memperjuangkan tadbir urus yang baik, menentang rasuah dan memperjuangkan kedaulatan undang-undang.

“Ahli Pejuang percaya mereka adalah alternatif yang baik (untuk melindungi orang Melayu) berbanding Perikatan Nasional,” katanya kepada The Malaysian Insight.– 2 Disember, 2022.

Iklan
Iklan