Iklan

[VIDEO] Anwar menghadap Agong persembah senarai Kabinet

Syazwana AmirFikri Ghazali2 years ago2nd Dec 2022Video
Iklan

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 8.22 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Anwar dijangka akan mempersembahkan senarai jemaah Kabinet bagi Kerajaan Perpaduan untuk mendapatkan perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malam tadi, melalui video di Facebook Anwar berkata dia berharap pengumuman senarai Kabinet dapat dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

Menurutnya, hampir keseluruhan barisan kabinetnya sedang dimuktamadkan.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dijangka akan membuat pengumuman tersebut antara jam 4 petang dan 5 petang ini.

Bagaimanapun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan jadual yang menyatakan Anwar akan berada di Ipoh dan Tambun buat kali pertama selepas pilihan raya lepas.– 2 Disember, 2022.

Iklan
Iklan