[VIDEO] Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan semula pasport
Iklan
PERMOHONAN Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata permohonan Zahid ditolak kerana undang-undang adalah sama sahaja kepada mana-mana tertuduh yang sedang berhadapan prosiding mahkamah atas pertuduhan sama tanpa mengira status mereka.
Sequerah bagaimanapun membenarkan pasport antarabangsa Zahid dipulangkan untuk sementara waktu bagi membolehkan beliau membuat pasport diplomatik bagi tujuan tugasan rasmi.
Hakim itu menambah, Zahid yang menghadapi 47 tuduhan rasuah mesti memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah selepas pasport diplomatik dibuat. – 3 Februari 2023.