Iklan

[VIDEO] Khairy adalah aset, kami sedia bekerjasama, kata Muda

Fikri Ghazali2 years ago9th Feb 2023Video
Iklan

MEMPUNYAI pengaruh dan pengikut yang ramai, Muda tidak sabar untuk bekerjasama dengan bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin sekiranya bertanding di pilihan raya negeri PRN Selangor.

Setiausaha agung Muda Amir Hariri Abd Hadi berkata walaupun bekas menteri kesihatan itu dikatakan mahu memulakan parti sendiri namun mereka sanggup berbincang dengannya.

Jelasnya, pengalaman Khairy dalam politik akan memberi manfaat selain pengikutnya yang ramai.

Bulan lalu, Khairy berkata beliau sedang melihat untuk melanjutkan kerjaya politiknya di Selangor dan boleh bertanding dalam pilihan raya negeri selepas tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – 9 Februari, 2023.

Iklan
Iklan