Iklan

[IVIDEO] Laungan Tolak PH, Tolak Anwar, Hidup Abah sambut Muhyiddin di SPRM

Kamal AriffinFikri Ghazali2 years ago9th Mar 2023Video
Iklan

RATUSAN penyokong menyambut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pagi tadi.

Muhyiddin tiba lebih kurang pukul 11.17 pagi.

Sejak semalam, desas-desus tersebar mengatakan bekas perdana menteri akan dituduh di mahkamah sama ada hari ini atau esok.

Muhyiddin hadir untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau Jana Wibawa, yang dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan Jana Wibawa, termasuk wang yang masuk ke akaun milik Bersatu dan digunakan semasa pilihan raya umum lepas untuk kempen PN.– 9 Mac, 2023.

Iklan
Iklan