Iklan

[VIDEO] Warga emas tak mengaku bersalah halang pegawai tangkap anjing

Jeremy SengFikri Ghazali2 years ago31st Mar 2023Video
Iklan

SEORANG warga emas yang mendakwa dikasari penguatkuasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tertuduh, Patrick Khoo Kian Wui, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai penguatkuasa MBPJ semasa operasi menangkap anjing liar minggu lalu.

Menurut peguamnya Rajsurian Pillai dan Tan Chee Fu, warga emas itu cuba membawa anjing liar itu ke dalam premisnya untuk melindungi mereka daripada penangkap anjing, yang akhirnya mencetuskan pergelutan fizikal. – 31 Mac, 2023.

Iklan
Iklan