Iklan

[VIDEO] Najib mohon pengampunan diraja, terpulang budi bicara Agong, kata Peguam

Nabihah HamidSumardi Susilo2 years ago10th Apr 2023Video
Iklan

TIADA halangan untuk mana-mana banduan mahupun keluarga banduan untuk memohon Pengampunan Diraja, kata Peguam Haniff Khatri.

Haniff berkata isu pengampunan adalah dibawah budi bicara Agong bawah nasihat Lembaga Pengampunan dibawah perkara 42 Lembaga Persekutuan.
“Ia tertakluk kepada budi bicara Mutlak YDP Agong. Pada kebiasaan petisyen dibuat banduan mahupun keluarga. “Soal Umno nak buat petisyen tidak boleh dilihat satu sudut jumud dan sempit,” kata Hanif.

Beliau merujuk kepada berita permohonan Pengampunan Diraja bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang akan menjadi sebahagian dalam proses penilaian permohonan tersebut.

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi Pengampunan Diraja daripada Yang di-Pertuan Agong. – 10 April, 2023.

Iklan
Iklan