Iklan

[VIDEO] Pemburuan haram ancam populasi sailfin dragon di Indonesia

Syazwana AmirHasmizar Hassan2 years ago27th Apr 2023Video
Iklan

SAILFIN Dragon ataupun nama saintifiknya Hydrosaurus haiwan eksotik yang hanya dijumpai di Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Filipina.

Sekali imbas, bentuk tubuhnya mungkin kelihatan seperti biawak jalanan yang biasa kita temui berkeliaran di longkang-longkang perumahan.

Namun, jika dilihat secara dekat Sailfin Dragon mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai figura pra-sejarah seperti dinosaur.

Dinosaur kecil ini mempunyai sirip yang tajam di belakang badan, layar yang kembang di ekor dan warna mata kebiruan disamping sisik kulit yang berkilat.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Sailfin Malaysia Indonesia, Mohd Nazirul Mubin berkata pemburuan secara tidak terkawal di habitatnya boleh mengakibatkan populasi Sailfin Dragon terancam. – 27 April, 2023.

Iklan
Iklan