Iklan

[VIDEO] Ops Sudan: 30 jam perjalanan ngeri dibayangi peluru sesat

Seth Akmala year ago29th Apr 2023Video
Iklan

MEMBAYANGKAN peluru sesat muncul secara tiba-tiba antara yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia yang diselamatkan ketika menempuhi 30 jam perjalanan dari Khartoum ke Port Sudan.

Menurut mereka, perjalanan sejauh 1300 KM merupakan pengalaman yang mendebarkan kerana mahu mengelak pasukan yang bertempur.

Semalam, tiga puluh rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan ketika negara itu dilanda konflik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Menteri Luar Zambry Abdul Kadir. – 29 April, 2023.

Iklan
Iklan