Iklan

[VIDEO] PM akui usaha bawa balik Jho Low sukar

Hasmizar Hassana year ago5th May 2023Video
Iklan

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengakui proses membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low ke Malaysia untuk diadili berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agak rumit.

Anwar berkata perbincangan diplomatik sudah dilakukan antara beberapa negara untuk membawa Low balik namun beliau tidak boleh mendedahkan nama negara berkenaan.

“Sehingga kini (kita) tidak boleh mengesahkan dia di mana… dirunding secara saluran.

“Yang pasti, proses membawa pulang itu adalah sukar kerana membabitkan negara lain, tugas risikan, Interpol dan lain-lain,” katanya di Kuala Lumpur. – 5 Mei, 2023.

Iklan
Iklan