Iklan

[VIDEO] Anthony Loke yakin kerajaan perpaduan boleh bertahan selepas PRU16

Ravin PalanisamyFikri Ghazalia year ago14th May 2023Video
Iklan

PENTADBIRAN kerajaan perpaduan boleh kekal relevan dan berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika parti terus komited untuk bekerjasama, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Loke bersetuju dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata pentadbiran semasa akan kekal berkuasa selepas PRU16 sekiranya parti dalam kerajaan perpaduan terus menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno berkata beliau yakin kerajaan perpaduan akan diberi mandat untuk berkhidmat sepenggal lagi sekiranya melaksanakan dasar yang baik untuk kepentingan rakyat dan negara. – 14 Mei, 2023.

Iklan
Iklan