Iklan

[VIDEO] Muhyiddin kembali bersama Dr M, terima tawaran kerjasama

Sumardi Susiloa year ago2nd Jun 2023Video
Iklan

SETELAH sekian lama berselisihan faham, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaannya untuk kembali bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad.

Ia berikutan perkembangan politik semasa yang mengakibatkan orang Melayu dan Islam berada di persimpangan getir.

Justeru, beliau menyambut baik kenyataan Dr Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri kelapan itu turut berkata, pihaknya juga sedia bekerjasama dengan mana-mana tokoh Melayu dan Islam yang berhasrat untuk membela negara. – 2 Jun, 2023.

Iklan
Iklan