Iklan

[VIDEO] SPRM buka kertas siasatan kes dana judi biaya kempen Perikatan

Syazwana AmirFikri Ghazalia year ago7th Jun 2023Video
Iklan

BERIKUTAN dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi bagi membiaya kempen pilihan raya umum lalu, agensi antirasuah membuka kertas siasatan ke atas aduan itu.

Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hishamuddin Hashim mengesahkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Siasatan itu termasuk mengenalpasti dan menyiasat latar belakang syarikat yang dinyatakan dalam aduan itu, katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, kertas siasatan ini dibuka susulan daripada aduan seorang individu kepada SPRM bersama beberapa dokumen pada 30 Mei lalu.

Beliau turut menjelaskan pengadu tersebut menggesa SPRM menyiasat dakwaan bahawa PN menerima dana dari syarikat perjudian yang juga digunakan untuk kempen pilihan raya. – 7 Jun, 2023.

Iklan
Iklan