Iklan

[VIDEO] Dewan bergema laungan Bosku, anak Najib menangis saat terima Anugerah untuk bapa

Hasmizar Hassana year ago8th Jun 2023Video
Iklan

DEWAN Tun Razak sebak dan dipenuhi dengan laungan Bosku saat Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 diumumkan diberikan kepada bekas Presiden Umno Najib Razak.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyampaikan trofi anugerah itu kepada Najib yang diwakili anaknya, Mohamad Nizar Najib.

Masing-masing tidak dapat menahan diri daripada menahan sebak dan menitiskan air mata.

Bekas Perdana Menteri itu menerima pengiktirafan itu sebagai tanda penghargaan bukan sahaja dalam aspek dasar ekonomi negara, malah memperkenalkan dasar pembangunan yang tuntas merangkumi setiap lapisan rakyat.

Sebuah video pendek ditayangkan kepada perwakilan Pemuda UMNO yang berkisar sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang berkecimpung dalam politik.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun berserta denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. – 8 Jun 2023.

Iklan
Iklan