Iklan

[VIDEO] Pasar malam makin pulih, lebih ramai pengunjung penuhi gerai

Iklan

PASAR malam kembali rancak apabila peniaga di Kuala Lumpur melaporkan lebih ramai orang mengunjungi gerai mereka selepas pandemik Covid-19 menjejaskan perniagaan.

Presiden Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL), Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata mereka mula beroperasi seperti biasa pada Mei tahun lalu.

PMKL ditubuhkan pada 2014, yang mana sebelum ini mereka mempunyai pasar malam di 99 lokasi dan selepas pandemik mereka kini berada di kira-kira 70 kawasan.

Gulam berkata semasa pandemik itu mereka terjejas teruk, hingga menyebabkan beberapa kawasan terpaksa ditutup. – 20 Jun, 2023.

Iklan
Iklan