Iklan

[VIDEO] Dr Mahathir bersekongkol dengan Muhyiddin untuk lindungi kepentingan, kata Anwar

Syazwana AmirSumardi Susiloa year ago6th Jul 2023Video
Iklan

IA bukan sesuatu yang baharu untuk melihat Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin demi melindungi kepentingan mereka, kata perdana menteri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata beliau tidak terkejut ketika mengulas mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin pada Selasa untuk membincangkan pergerakan Proklamasi Melayu Dr Mahathir, kira-kira tiga tahun selepas Langkah Sheraton.

Bagaimanapun katanya kerajaan akan terus mempertahankan negara dan rakyat ketika ditemui pemberita hari ini selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2023.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi Sekretariat Proklamasi Melayu Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan antara dua bekas perdana menteri itu memberi harapan baharu kepada masyarakat Melayu. – 6 Julai, 2023.

Iklan
Iklan