Iklan

[VIDEO] Tuduhan hasutan mahu jejas peluang saya pada PRN, kata Sanusi

Hasmizar Hassana year ago18th Jul 2023Video
Iklan

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pertuduhan menghasut terhadapnya akan menjejaskan peluangnya pada pilihan raya negeri akan datang.

Sanusi berkata, beliau telah didakwa dengan dua kes berhubung ceramahnya di Selayang pada 11 Julai dan mahkamah mengeluarkan perintah agar tidak bercakap mengenai kes itu.

“Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan peluang saya dalam pilihan raya negeri. Nampaknya di Malaysia kita tidak boleh berkata apa-apa. Kalau dalam bidang politik kita selesaikan semua masalah kita di sana.

“Beri hujah balas kepada hujah, tetapi hari ini di negara ini kita mempunyai kerajaan yang takut.

“Mereka menggunakan polis untuk menghalang atau menyekat ucapan kami. Ini petanda mereka (kerajaan) takut,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Selayang selepas beliau didakwa. – 18 Julai 2023.

Iklan
Iklan