Iklan

[VIDEO] Pengundi rasa sia-sia kalau undi parti baharu, kata Ku Li

Hasmizar HassanFikri Ghazalia year ago19th Aug 2023Video
Iklan

PENGUNDI tidak berminat untuk mengundi parti baharu dalam pilihan raya, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata orang ramai tidak mahu “membazirkan” masa mereka dan mengundi menyokong parti politik baharu kerana mereka merasakan parti ini tidak akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

Pilihan raya enam negeri yang berakhir baru-baru ini menyaksikan Muda yang berasaskan belia menerima kekalahan besar di semua 19 kerusi yang ditandinginya dan hilang deposit.

Calon Muda turut tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali presidennya Syed Saddiq Abdul Rahman, walaupun menjadi sekutu Pakatan Harapan. – 19 Ogos, 2023.

Iklan
Iklan