Iklan

[VIDEO] Dr Mahathir punca utama kejatuhan Umno, kata Ku Li

Hasmizar Hassana year ago21st Aug 2023Video
Iklan

DR Mahathir Mohamad antara individu yang mahu melihat kejatuhan Umno BN terutamaya sewaktu kepimpinan Najib Razak pada PRU14, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran Umno itu berkata, Dr Mahathir tidak berhenti-henti cuba mencemar reputasi Najib Razak dan merosakkan imej parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN) itu ketika menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH diketuai oleh Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan BN.

“Beliau benar-benar mahu tumbangkan BN, terutamanya Najib, yang dituduh macam-macam,” kata Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, kepada The Malaysian Insight.– 21 Ogos 2023.

Iklan
Iklan