Iklan

[VIDEO] Selepas SST naik, kadar bilik hotel dijangka naik 30%, kata pengusaha

Noel AchariamFikri Ghazalia year ago3rd Nov 2023Video
Iklan

KENAIKAN cukai perkhidmatan dan jualan (SST) daripada 6% kepada 8% bermula 1 Januari tahun depan dijangka menyumbang peningkatan kadar bilik hotel di Malaysia sebanyak 30%.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Christina Toh bagaimanapun berkata pengusaha hotel masih belum lagi membuat keputusan berkenaan sektor harga.

Toh berkata mereka terpaksa menaikkan kadar harga bilik.

Beliau berkata pengusaha hotel juga kekurangan maklumat untuk membuat ramalan yang tepat berkenaan kenaikan kadar bilik.

MAH setakat ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh negara. – 3 November, 2023.

Iklan
Iklan