Iklan

[VIDEO] MCA pertimbang bertanding sendiri di KKB, kata sumber

Nabihah HamidDaniel Abd Halim6 months ago18th Apr 2024Video
Iklan

MCA mempertimbangkan untuk meletakkan calon di kerusi DUN Kuala Kubu Baharu selepas kecewa dengan keputusan unilateral Umno yang memutuskan untuk tidak bertanding.

Memetik terdekat parti, MCA kecewa dengan Ahmad Zahid Hamidi kerana mengisytiharkan BN akan menyerahkan kerusi itu kepada PH.

Menurutnya, kerusi tersebut sentiasa ditandingi MCA malah merupakan penyandang kerusi tersebut sebelum dirampas Pakatan Harapan/DAP pada 2013.

Katanya lagi, keputusan untuk tidak bertanding dibuat pada mesyuarat majlis tertinggi Umno dan bukan pada majlis tertinggi BN. – 18 April, 2024.

Iklan
Iklan