Iklan

[VIDEO] Afidavit Zahid boleh satukan Umno, kata pemerhati politik

Daniel Abd Halim6 months ago22nd Apr 2024Video
Iklan

AFIDAVIT Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara di rumah adalah untuk mengukuhkan sokongan dalam Umno.

Menurut penganalisis politik, tindakan Zahid yang juga presiden Umno itu sekali gus membuktikan beliau memenuhi janjinya untuk membela Najib kata pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi kepada The Malaysian Insight.

Ini juga akan menghentikan khabar angin bahawa Zahid menentang Najib yang dilihat masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno. – 22 April, 2024.

Iklan
Iklan