Iklan

[VIDEO] Wanita simbah air panas dipenjara 10 tahun, denda RM6,000

Fikri Ghazali6 months ago23rd Apr 2024Video
Iklan

WANITA yang menyimbah air ke arah pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM6,000.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman tersebut kepada tertuduh, Oo Saw Kee 39 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Ketika prosiding, hakim yang meneliti fakta kes, mahkamah mendapati perbuatan tertuduh adalah satu kesalahan kejam dan tidak berperkemanusiaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu jualan didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas A.Solairaj, 33, dengan menyimbah air panas ke arahnya.

Kejadian berlaku dalam sebuah lif sebuah pangsapuri, di Bayan Lepas, kira-kira pukul 9.24 pagi, pada 19 April lalu. – 23 April, 2024.

Iklan
Iklan