Iklan

[VIDEO] Pengusaha Bas perlu tambahan kuota Diesel kerana peruntukan sedia ada tak mencukupi

Fikri GhazaliDiyana Ibrahim5 months ago11th Jun 2024Video
Iklan

KUOTA diesel yang diberikan kerajaan kepada pengusaha bas dalam pelaksanaan subsidi bersasar berkuatkuasa semalam disifatkan sebagai tidak mencukupi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kuota 1,440 liter untuk bas tempatan henti-henti dan 2,880 liter untuk bas ekspres pada harga RM1.88 per liter sebulan sebenarnya masih membebankan.

Menurut beliau, jumlah itu hanya mencukupi untuk 10 hingga 15 hari, bergantung kepada jarak pemanduan. – 11 Jun, 2024.

Iklan
Iklan