Iklan

[VIDEO] Keadilan untuk Zayn Rayyan

Iklan

KEADILAN untuk Zayn Rayyan. Sememangnya itulah yang dimahukan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan kejadian bunuh kanak-kanak Autisme pada 6 Disember lalu.

Pendakwaan terhadap ibu bapa Zayn, orang yang disyaki OYDS semalam ternyata memberi nafas lega kepada orang ramai.

Mana tidaknya, selepas tangkapan 31 Mei lalu sehingga reman 13 hari telah menimbulkan pelbagai persepsi.

Bagi orang ramai, masih terlalu awal untuk membuat tanggapan lebih-lebih lagi terhadap Ismanira Abd Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari. – 14 Jun, 2024.

Iklan
Iklan