Aktivis tunai janji potong rambut yang disimpan sejak dua dekad
Iklan
ARTIS dan aktivis Rahmat Haron terkenal dengan puisi, persembahan dan rambut dreadlock.
Malam tadi, Rahmat memotong rambutnya, yang disimpan sejak lebih 20 tahun lalu, di hadapan rakan-rakannya.
“Memang saya sedih, tetapi bukan jika untuk memenuhi janji saya,” katanya.
Rahmat mula menyimpan rambut dreadlock pada 2004 dan berazam hanya akan memotongnya sekiranya Umno Barisan Nasional tidak lagi berkuasa. – 4 Jun, 2018