Iklan

[VIDEO] Lelaki Cina nyanyi lagu Tamil tonjol kemampuan kuasai pelbagai bahasa

Iklan

APABILA mendengar Willian Chia menyanyikan lagu Tamil, anda mungkin menyangka beliau penyanyi wanita berbangsa India.

Tetapi lelaki berbangsa Cina dari Kulim, Kedah ini adalah seseorang yang mempunyai kebolehan berbahasa sangat unik kerana mampu bertutur dalam bahasa Tamil, Telugu, Mandarin, Hokkien, Teochew, Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.

Dilahirkan seorang wanita berketurunan campuran India-Cina dan bapa berbangsa Cina, Chia dibesarkan di sebuah estet di Kedah, di mana beliau mempelajari bahasa Tamil dan Telugu.

Chia, 37, berkata beliau mula mengajuk suara wanita sejak bersekolah menengah tetapi amat terpegun dengan penyanyi dari India, S. Janaki selepas mendengar suaranya di Kollywood blockbuster Uyire.

Beliau sangat meminati S Janaki dan berjaya menemui penyanyi itu melalui anak saudaranya di Facebook dua tahun lalu.

Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, Chia berkata kemampuan menguasai pelbagai bahasa adalah perkara biasa. Bagaimanapun, menyanyikan lagu-lagu Tamil dengan suara wanita pasti menjadikannya berbeza daripada yang lain!

Tontoni video Chia yang mahir menguasai pelbagai bahasa. – 15 September, 2018.

Iklan
Iklan