Iklan

[VIDEO] 'Jeans' bawa berkat bagi ibu tunggal

Yvonne LimZaim Ibrahim6 years ago27th Sep 2018Video
Iklan

SIAPA sangka denim daripada jeans terbuang boleh menjadi rekaan beg anggun dan memberi pendapatan tetap kepada sekumpulan ibu tunggal.

Segalanya dicetuskan oleh Salena Ahmad, 50, yang nekad mengusahakan produk tersebut sejak 2014 selepas diceraikan suaminya, demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Beliau menubuhkan sebuah syarikat, Suri Inspirasi Sdn Bhd, sebuah perusahaan sosial berkonsepkan hijau iaitu mencipta beg buatan tangan daripada bahan terbuang tersebut.

Bermula dengan modal sebanyak RM5,000 bersama beberapa kawan yang juga ibu tunggal, kini syarikat yang berusia dua tahun itu mampu menjana keuntungan sebanyak RM15,000 hingga RM20,000. - 27 September, 2018.

* Klik sini untuk berita penuh.

Iklan
Iklan