Advertisement

Perwakilan desak Pemuda PKR rasuah letak jawatan

Sheridan MahaveraLow Han Shaun7 years ago20th May 2017News
Amk congress tmi nazirsufari 492
Perwakilan Pemuda PKR Melaka Naiquddin Nazrin berkata sayap itu kini diejek dengan panggilan “Angkatan Muda Korup” di Kongres Pemuda PKR di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2017.
Advertisement

PEMIMPIN Pemuda PKR patut letak jawatan kerana menyebabkan sayap itu tercemar dengan tuduhan rasuah, desak perwakilan Melaka hari ini.

Dalam satu ucapan penuh berapi pada kongres Pemuda PKR hari ini, Naiquddin Nazrin dari Melaka berkata sayap itu kini diejek dengan panggilan “Angkatan Muda Korup”.

“Jika anda tidak boleh buat kerja, letak saja jawatan,” katanya disambut dengan sorakan daripada hampir semua perwakilan di Shah Alam hari ini.

Pemuda PKR teruk dikritik selepas skandal membabitkan Ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 20 Mei, 2017.

 

Advertisement
Advertisement