Advertisement

[VIDEO] Bebas atau bersalah? Nasib Najib diketahui hari ini

Advertisement

SETELAH bertahun dibicarakan di Mahkamah, nasib bekas Perdana Menteri Najib Razak akan diketahui hari ini.

Hari ini mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada membebaskan atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas Presiden Umno itu.

Najib sebelum ini bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.

Seawal 8 pagi, para media dan puluhan penyokong Najib berkumpul di luar perkarangan mahkamah di Putrajaya.

Penyokong ada yang berbaju Melayu dan bertshirt Bossku setia menanti keputusan mahkamah Najib hari ini.– 8 Disember 2021.

Advertisement
Advertisement