Advertisement

[VIDEO] Hadi dakwa ada parti kerajaan perpaduan mahu sokong PN

Nabihah HamidSumardi Susiloa year ago9th Aug 2023Videos
Advertisement

PAS mendakwa ada parti politik yang bergabung dalam kerajaan perpaduan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan pusat sekiranya ia menang enam pilihan raya negeri 12 Ogos ini.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata, PAS bukan bercakap kosong apabila mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh daripada parti-parti gabungannya.

Ini termasuk 10 ahli Parlimen Umno yang awalnya menyokong pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 November lalu.

Hadi berkata demikian semasa berucap pada program Ceramah Mega PN di Setiu, Terengganu malam tadi. – 18 Januari, 2022.

Advertisement
Advertisement